It's Me

My photo
sebab aku hensem , aku selalu sorang-sorang

March 17, 2012

sedikit sikit

sedikit sikit
lama-lama akan jadi banyak sikit
itu lebih bagus kan
jangan kau memperlekehkan sedikit sikit 
hanya kerana kau mengejar banyak sikit


dan itu juga yang sering aku ingatkan pada diri aku
belajar untuk menerima sedikit sikit
kerana dalam proses pembelajaran itu
tanpa kau sedar kau mengumpul sedikit sikit
yang akhirnya menjadi banyak sikit


semoga aku mampu mencapai apa yang aku hajati
dan biarlah tahap pencapaian itu
diukur bukan oleh orang lain 
tetapi oleh yang Maha Besar


kerana percaturan dan penyusunan Dia
adalah yang Maha Tepat
dan sebagai manusia yang punya tuhan untuk disembah
aku hanya mampu berdoa, bertawakkal dan berusaha


semoga apa yang kau berikan adalah tepat untukku
dan jika terlepas sekali aku mengikut nafsu ku
halalkan lah ia dan permudahkanlah ia menjadi
yang tepat untukku