It's Me

My photo
sebab aku hensem , aku selalu sorang-sorang

August 15, 2012

hipokrit #1

Betullah kata kawan aku..

"Bila perkara salah dah djadikan rutin,
Maka perkara tu takkan salah lagi di mata kau.
Tapi bila orang lain buat,
Kau nak gebang-gebang macam orang tu buat salah besar gila babi"

Dan semalam, darah aku naik sampai ke kepala
Memang aku tak sangka kau boleh sound aku mcm tu
Walaupun kau bercakap secara umum, tapi pandangan kau tepat mengarah kepada aku
Dan semalam juga kau dah makan beratus-ratus maki aku
Yang membuatkan pahala puasa aku sampai paras kaki

Tahap sabar aku dah hilang
Kalau kau rasa kau betul, laksanakan juga caranya dengan betul
Jangan kerana kesalahan orang lain, orang lain yang terpaksa menanggung
Perangai hipokrit kau memang jahanam.

Hipokrit penyakit paling menyusahkan,sbb dia akan menyusahkan orang lain....tolong pegi mampus orang hipokrit.




April 22, 2012

....

long pause, no answer
.
.
.
.
.
.
rejection i guess

April 12, 2012

maaf

aku ni nampak je normal
tapi sebenarnya 
jenis yang suka judge sekeliling


maaf. itu kekurangan aku
dan ya aku sedang cuba untuk perbaiki


dan aku terbaca sesuatu di laman twitter aku
"Never judge anyone. Always assume that the person is a better Muslim then you, no matter what they look like"


sekali lagi aku mohon maaf dengan khilaf aku
lebih lebih lagi pada kau 
aku berkasar
maaf! 
perempuan emosinya sering terganggu
apa yang kau boleh expect kan!

March 17, 2012

sedikit sikit

sedikit sikit
lama-lama akan jadi banyak sikit
itu lebih bagus kan
jangan kau memperlekehkan sedikit sikit 
hanya kerana kau mengejar banyak sikit


dan itu juga yang sering aku ingatkan pada diri aku
belajar untuk menerima sedikit sikit
kerana dalam proses pembelajaran itu
tanpa kau sedar kau mengumpul sedikit sikit
yang akhirnya menjadi banyak sikit


semoga aku mampu mencapai apa yang aku hajati
dan biarlah tahap pencapaian itu
diukur bukan oleh orang lain 
tetapi oleh yang Maha Besar


kerana percaturan dan penyusunan Dia
adalah yang Maha Tepat
dan sebagai manusia yang punya tuhan untuk disembah
aku hanya mampu berdoa, bertawakkal dan berusaha


semoga apa yang kau berikan adalah tepat untukku
dan jika terlepas sekali aku mengikut nafsu ku
halalkan lah ia dan permudahkanlah ia menjadi
yang tepat untukku